24.2.13

cuma dua pilihan

bismillahirrahmanirrahim

-------------------------------------
cuma dua pilihan untuk lidah
berkata baik
atau
diam
-muzir-
-------------------------------------

Rasulullah bersabda bermaksud: “ sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.”
--- hadis riwayat Bukhari dan Muslim ---

hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

kalau tidak dapat berkata yang baik baik eloklah diam
sekarang
bukan pedang, bukan keris yang tajam
tapi
lidah

seperti
pesanan imam ghazali
yang paling tajam di dunia ini
adalah lidah

belajar berkata kata baik atau diam
belajar menjaga lidah