24.10.10

berteduh dibawah pokok abjad..untung sangat untung

ini adalah pokok abjad yang dihasilkan oleh anak murid aku. pokok kelapa, daunya adalah 25 abjad ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXZ. menurut anak murid aku ni, abjad N hilang. maklumle, diorang kena gunting setiap abjad untuk ditampal. hahah hakikatnya memang abjad N itu takkan pernah ada. sebabnya, aku lupa taip abjad N.

ini adalah antara dialog kekesalan anak murid aku..:

" cikgu, N tak ada sebab hilang. tak tahulah macam mana N pandai hilang."

hahaha..walhalnya, aku sudah maklumkan di dalam kelas bahawa..

" baik, murid murid sekalian, sebelum awak gunting abjad ni, cikgu nak awak perhatikan elok elok abjad tersebut. semua cukup ke?"

"haaa, cikgu, takde abjad N!"

"ok, memang takde, cikgu tertinggal. jadi awak perlu tulis abjad N tersebut"

"baiklah, cikgu"

barangkali, dia tidak mendengar apa yang aku sampaikan.. tidak mengapa, cikgu maafkan kamu. kamu sangat kelakar..;d