24.11.10

teh kurang manis, senyum kasik manis!

naik wau dari Kuching ke Senai. perjalanan yang mengambil masa sangat singkat. 45minit je sebenarnya. cik adik pramugari sangat ligat dan lincah membuat kerjanya.

tiba tiba, cik adik pramugari tak senang duduk dengan keadaan aku barangkali.
"dik, akak tolong simpankan beg adik kat atas ea, bole?"

"bole, bole, silalah" jawab aku. wah, rasa muda 10 tahun dari dia. hakss. aku tak heran sangat lah kalau dialog dialog sebegitu aku lalui. dah terbiasa. mana aja, aku pergi, orang akan panggil aku adik. dengan kata lain, aku selalu dianggap lebih muda dari dorang.

pernah di sempadan indon dan sarawak, "neh, anak ke?" sapa penjual baju tuh. masa tuh aku jalan dengan Mikc yang sedang berbadan dua. ha ha besar aku gelak.. "tak la, saya kakak, dia adik" balas aku.. lalu blah dari situ.

sebenarnya, entri neh bukan nak membangga diri atau apa. sekadar nak menyatakan bahwa, usia tuh belum tentu menunjukkan kematangan atau penuaan fizikal kita. ada orang kata, itu awek muda. bole jadi jugak kan.

kalau orang tanya, apa petua ku yang tampak sentiasa muda neh, senang je jawapan aku. SENYUM dan ceria ceria selalu. hidup siapalah yang takde masalah kan. masalah macamana rumit sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. agak agak tak dapat selesai, SENYUM ajalah

aku sendrik pun tak pasti, apa cara aku nampak sentiasa muda. yang pasti adalah, aku neh suka senyum. sekalipun aku ngah tak senyum, ada je orang yang membalas senyuman untuk aku. dalam hati selalu tanya, 'aku ada senyum kat dia ke?'

jadi, moral dari entri neh, kalau mahu sentiasa nampak muda, sedekahkan le senyuman manis kalian untuk semua.. lalala