2.2.11

gula gula manis untuk ingatan hari tuo


hahaha..belum apa apa, saya dah gelak. bukan buat buat gelak yer. bukan apa, tetiba nostalgia lama zuuupp menerjah diminda.

cerita awek hitam manis berumur dua belas tahun. cerita cinta? hahaha, geli hati den. entahle, nak kategorikan macamana. tapi, bagi saya, cerita ini sangat sweet dan sweet sweet lah. hah!

sebenarnya, tak banyak yang saya ingat cerita cerita zaman dua belas tahun tuh. banyak yang dah dilupai.

hinggalah suatu hari, kembali berjumpa sahabat lama.
tak pernah bercakap dengan dia,
tak pernah senyum pada dia.
bila dia muncul jek, berderap derap bunyik tapak kaki saya melarikan diri darinya.

dia kata dia memang aim, awek tinggi tinggi jek. itu tidak terkecuali saya. (macam tinggi la sangat aku kan). dia jugak kata, dia ingat dua benda jek.

pertama, tiap kali dia lalu depan rumah saya, saya akan langkah seribu masuk ke dalam rumah, sekalipun masa tuh, saya sedang menservice badminton.

kedua, dia ingat program murid tahun enam yang jalan tutup tutup mata malam hari. dia kata, dia terpegang tangan saya ( saya tak ingat ini langsung..hahah malunya..)

saya cakap kat dia, banyak yang saya dah lupa. terima kasih kerana berkongsi nostalgia lama itu.
dia balas balik, katanya, yer, itulah kenangan.

dia ada tanya, kenapa tiap kali dia lalu depan rumah saya, saya cabut langkah seribu??
boleh tak, kalau saya jawab...sebab saya suka awak! (hah gila! ini bukan jawapan, ini lawak gila.haha)

sebab sebenarnya ialah, saya tau awak suka saya. saya takot, nanti bapak saya marah saya. bapak saya garang. awak boleh lah nak suka suka kat saya. tapi yang kena marah nanti, SAYA !

percaya atau tidak, selepas 19tahun, itu lah kali pertama kami berbual bual. (ini sweet jugak rasanya..)

cerita cerita manis untuk hari tua saya. heh, sekianlah saja!