12.5.11

tua itu tak kemana pun..


pak kadok kata "makcik sudah berusia. tak payah lah menunggu bulan jatuh ke riba. cuba lah usaha kan diri ke Mekah pula"

wah, lantang, padat dan penuh kata kata pembakar semangat kewanitaan si wanita tua. ada benar juga kata pak Kadok. hidup bukan untuk menunggu perkara yang sia sia sahaja.


dengan deraian airmata keinsafan bercampur sedih pilu garfu, si wanita tua menjalani hidupnya yang ada. seraya dalam jiwa meruntun hiba, sesal dan kekal tinggi duduk dalam jiwa..


sempat jua, si wanita tua berpantun irama dondang sayang...

orang mengail di atas batu
dapat seekor si udang galah

kalau tuan cakap begitu

berserah saja kepada Allah.