13.9.11

pada hari

penuh sejarah itu, saya berdiskusi bersama mak saya.

"takpelah, ma. semua yang berlaku ada hikmahnya. sekurang kurangnya, sekarang ni, akak boleh bagi komitmen akak sepenuhnya pada pamili kita"



pun, mulut saya mengatakan ini semua ada hikmahnya.tapi hati selalu diasak dengan rasa kecewa. lalu terkeluar juga keluhan keluhan kecil. semoga, keluhan tersebut tidak menjadi batu penghalang bagi saya menerima takdir yang sampai pada saya.

saya kira, mak saya tidak kisah atau risau dengan keputusan saya. ternyata, hari ni, baru saya tahu, ia adalah sebaliknya.

mak buat pengakuan bahawa :

"akak, akak nak tau tak? hari hari, ma doakan akak cepat dapat jodoh tau!"

mau, berderai airmata. sebab saya sudah silap buat tanggapan pada mak. berdosa terasa! saya tahu, mak selalu mendoakan yang baik baik untuk anak anaknya. tapi, tak disangka itu sebahagian dari doa mak. terima kasih, ma!

saya terharu mak..saya percaya, jodoh itu telah Allah tentukan untuk saya, cepat dengan lambat sahaja. maafkan saya mak, buat mak risau saja.. ;d