2.1.11

bagasi baru..


satu saja alasan, mengapa saya memerlukan bagasi yang baru.. ia adalah satu keperluan. sebelum neh, saya hanya menggunakan beg pack yang orang guna untuk naik gunung sahaja. ke mana, saya pergi, hanya beg itulah yang saya galas. senang dan mudah sahaja.

kini, saya menyusahkan diri dengan membeli satu bagasi baru yang beroda. dan saya terpaksa heret saja bagasi tersebut, kemana saja yang saya mahu pergi. LECEH!

apa boleh buat, makcik dah beli. dan kenalah gunakan ia sebaik yang mungkin. alasan yang seterusnya, bagasi ini boleh dikunci. tak perlu nak beli kunci mangga banyak banyak. kalau, pakai beg pack tuh, huishhh banyak sangat le kunci mangga yang saya kena beli.

kenapa musti dikunci? haaaaaaa sebabnya adalah kerana, beg pack saya yang sebelum neh pernah digeledah manusia yang tiada integriti dalam bekerja. saya percaya M*S adalah nama syarikat penerbangan yang besar dan gah, tapi kehadiran pekerja bawahan yang tiada integriti dan amanah neh, sedikit sebanyak mencemarkan agensi penerbangan tersebut!

jam kesayangan saya hilang di curi. dan yang paling teruk, mereka selamba kodok koyak label pelekat M*S pada zip beg pack saya. sengaja, macam bangga boleh bukak beg orang awam. jam tersebut sangat berharga dalam hidup saya. tapi, sudah bukan rezeki saya. semoga manusia tersebut sempat menyucikan dirinya. seperti biasa, saya lebih suka mendiamkan diri, bila milik saya di ambil orang. saya tidak membuat aduan! BODOH! sila cakap perlahan sedikit kalu BODOH itu yang kalian nak jeritkan pada saya. hahah

sehingga itu, saya berharap dengan bagasi baru, beroda dan boleh dikunci dengan katakunci yang saya suka neh, dapatlah saya pertahankan apa apa hak milik saya sepanjang saya di awan biru. oohhh tak semestinya di awan biru saja, tak kiralah di mana saya mengheret bagasi baru saya itu..

apa yang penting..saya tak mahu lagi kehilangan sesuatu yang saya hargai dalam hidup ini dan saya sayang..sepanjang hidup saya.. amin, dengan izinMu, ya Allah..!