
saya agak malang, melepaskan peluang kali kedua itu. menyesal, adalah perkara yang paling akhir yang patot saya rasakan. buat masa ini, bila peluang itu sudah tidak ada untuk saya, saya istiharkan situasi itu sebagai, bukan rezeki. sungguhpun, itu adalah keinginan saya, tapi, bila tuhan kata, bukan engkau yang punya, maka bukanlah.
ini harta, ahmad albab yang punya. haha ingat lagi kan dialog neh. jin tuh kata. (selingan saja). maka harta itu ahmad albab lah yang punye. bukan cik bawang punya..!
saya kira, saya masih punyai masa untuk memperbaiki diri saya...tapi, masa sebenarnya tak dapat menunggu saya...begitu jugak peluang, tak kan ada istilah peluang menunggu manusia. hidup ditentukan oleh peluang, termasuklah yang sudah lepas lepas. begitu ke?
nasib orang lain lebih baik dari nasib yang saya punya, buat masa ni lah. saya percaya, tuhan tak memberikan saya peluang itu, kerana saya akan diberi peluang yang lebih baik dari yang hari ini.
sebagai manusia yang kerdil lagi serba kekurangan, saya cuba tingkatkan kesabaran saya. saya mahu bersabar dengan segala urusan yang Allah tetapkan untuk saya. setakat yang boleh saya usahakan, saya cuba usahakan. itu pun dengan izinNya.
benar, saya lebih banyak menyerahkan segalanya, pada Dia.. sebab dah banyak jalan yang saya lalui, semuanya silap. semua pilihan saya adalah kegagalan. kini, saya cuma mahu banyak meminta padaNya...