saya ada sekotak warna air, bertajuk BUNCHOT (bukan artis pong, jadi layak le bunchot, haha). saya memang suka mewarna, entah lah sejak bila. bila saya mahu mewarna, saya lebih suka campurkan warna warna yang ada. hasilnya, saya akan dapat pelbagai warna menarik dan da boomm !!
warna warna yang terhasil sangat indah. selain indah di mata saya, saya juga boleh jimatkan warna yang lain, bila saya selalu mencampurkan warna warna tersebut. dengan hanya ada tiga warna asas seperti MERAH, KUNING dan BIRU, saya boleh hasilkan tiga lagi warna.
tak percaya? jom kita cuba (halamak makcik neh, budak tadika pong tau le...haha). jom, kita cuba.
merah + kuning = oren
merah + biru = ungu
kuning + biru = hijau
kuning + biru = hijau
makanya, selepas ini, boleh lah kalian mengajar anak anak berjimat kan.. haha satu lagi, saya memang suka la kan memerah otak nak hasilkan warna warna yang unik lagi.. dalam keadaan tertentu, saya akan menambah warna putih dalam bancuhan warna yang sedia ada, maka warna itu akan menjadi lebih muda atau pucat.
kadang kadang jugak, saya suka nak menambah warna hitam dalam bancuhan warna itu, maka warna tersebut menjadi lebih tua atau gelap...
apapun warna yang terhasil, saya suka sebab itu pilihan saya. mahu campur supaya menjadi warna yang lebih indah ke, lebih muda ke, pucat dan semakin gelap ke.. itu semuanya terpulang pada saya.. apa pula warna pilihan anda?? tettttttttttttt.. jom kita cari warna warna indah dalam dunia kita yang maha luas ini, jangan berlengah lagi!