26.1.11

hayat pendek cahaya..


saya dapat melihat satu cahaya datang ke arah saya. makin lama semakin dekat. rasa selamat juga tenang disamping cahaya itu..

rasa bahagia
rasa indah
rasa yang baik baik saja

cahaya itu membakar dirinya semata mata untuk memberi saya cahaya. cahayanya makin lama semakin padam dan hilang.

rasa sedih
rasa kosong
rasa yang tidak seronok

tapi, hidup harus terus. maju ke depan. setiap yang datang akan pergi jua. siapalah saya mahu menduga kerja kerja Tuhan. Dia lebih mengetahui akan semua..

rasa kerdil
rasa berharap
rasa bersyukur

masih diberi nafas untuk sujud dan bertaubat padaNya..