28.1.11

oksigen untuk awak, oksigen untuk saya


dua tindakan dalam proses pernafasan manusia.. menarik nafas dan menghembus nafas. kita semua menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida.

alhamdullilah, saya masih bernafas, menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida. proses hidup yang normal dilalui oleh manusia normal macam saya.

dapat diteka berapa usia
apabila kita meniti dahan
gas oksigen disedut manusia
gas apa disebut tumbuhan?

tumbuhan juga bernafas seperti kita. tumbuhan menyedut oksigen pada siang hari mahupun malam. satu kelebihan tumbuhan, ia menyedut karbon dioksida yang dibebaskan oleh kita untuk membuat makanannya dan menghasilkan oksigen.

dari zaman sekolah, cikgu biologi saya kata proses itu adalah proses fotosintesis. saintis pun cakap macam tuh. hahah jadi saya ulang apa yang manusia manusia hebat ini cakap lah..

kacau pulut buat penganan
dikacau tepi pokok kerdas
namakan proses pokok buat makanan
juga liang tempat bernafas

tanpa udara, manusia yang hidup terus mati. tanpa udara, tumbuhan yang hidup juga terus mati. tanpa udara, haiwan yang hidup akan mati. ini adalah keperluan paling asas bagi benda hidup untuk kesinambungan hidupnya. dan kita saling melengkapi antara satu sama lain. percayalah!

mulai hari ini, saya harus menghargai tumbuhan yang ada disekitar saya, kerana tumbuhan itu membekalkan oksigen kepada kita. saya mahu menikmati kurniaan ini, bernafas pada udara yang sama dengan benda benda hidup yang sama mahupun yang berbeza pada ciri ciri luarannya. saya mahu belajar mensyukuri nikmat yang telah diberi..

yang pasti, saya bersyukur dilahirkan ke dunia ini, belajar bernafas dalam helaan yang tak pasti berapa banyak lagi helaan nafas yang tinggal untuk saya. Dia lebih mengetahui... ;D