15.8.11

demi masa itu dan kini


kita di sini sebenarnya sementara saja. masa juga tidak la panjang mana pun. sedang masa terus berjalan, saya masih terduduk di sini. ada kehilangan dan penuh rasa keliru. saya makin tak tahu apa nak dibuat dan apa lagi yang nak dikatakan.

jadi, beginilah perjalanan hidup?? hadoi, payah nak cakap! sedang saya membuang masa duduk duduk saja, hidup terus berjalan. tik tok tik tok tik tok. ketahuilah bahawa, demi masa, manusia itu dalam kerugian. nahh..contoh sudah di depan mata kan! selain kehilangan dan keliru, saya juga sedang dalam kerugian! masyaAllah..!

kita bercakap tentang masa. maka, apa hebatnya masa? adakah masa itu adalah satu diantara perkara terbaik yang pernah kita terima dalam hidup kita?

banyak orang kata, masa itu emas. masa itu menyembuhkan hati yang patah. masa juga melanjutkan rasa sakit dalam jiwa dan memori satu persatu.

saya percaya, semua yang diperkatakan orang itu adalah benar dan tidak menipu pun. ha ha ha! dengan masa, kita akan cuba melupakan perkara yang sudah sudah. tapi, apa benar kita betul betul dapat melupakan sesuatu itu hanya dengan masa?? percaya pada saya, itu sukar dan luar biasa payah!!

sebanyak mana, saya cuba melupakan, sebanyak itu juga sangat melukakan.. cheeewah! hebat ayat ko! ha ha ha. oh ya, satu lagi. sebanyak mana saya berpura pura sudah lupakan semua, itu amat sakit sebenarnya.. heh!

saya rasa itu, sebahagian daripada kehidupan. hidup ini tentang belajar untuk teruskan hidup. ya lah, hidup mana takde pancarobak dan cobaan kan??

yang penting, 'time heals a broken heart'... ha ha ha.. kelakar, pelik, payah tapi ada kebenaran lah!