seperti kanak-kanak, kita tak gampang putus asa pada harapan. harapan adalah hal yang terbaik dalam hidup kita. kenapa?
lihat saja, situasi orang yang sedang sakit. kerana punya harapan mahu sembuh, si sakit berusaha mencari penawar penyakitnya. usaha memenuhi temujanji dengan doktor. motifnya satu, semua itu adalah kerana harapan mahu sembuh dari sakit.
hebat kan kuasa 'harapan'?. kita hidup di sini, memang banyak berharap. harapan memaksa kita melakukan sesuatu dengan lebih baik.
contoh lain, seorang pemuda jatuh hati pada seorang wanita. harapan bertumbuh dalam jiwa mahu memperisterikan si dia. atas harapan itu, si pemuda berusaha menjadi yang terbaik untuk wanita itu. hasilnya, sebuah perkahwinan yang bahagia. dasarnya cinta, pelengkapnya adalah harapan. manis kan? ha ha ha
ya lah, kisah dalam hidup neh memang selalu ada positip dan negatipnya. ada hitam putih.
ada juga kisah hidup yang sebegini. kerana cinta yang dipendam, si wanita telah dinikahkan dengan pemuda lain. pemuda yang memendam cinta dalam jiwa itu gigit jari. harapan hidup bersama wanita pilihan hancur. sudahnya, harapan tersebut mengundang kuciwa. bagaimana??
positipnya di sini, hidup kita telah diatur olehNya. harapan kita memangkinkan kita ke arah sesuatu yang lebih baik. sekalipun pun, harapan itu terbinasa oleh keadaan, tak wajar kita putus asa dan kuciwa. bagi lah peluang pada diri membina harapan baru. harapan bangkit dari kuciwa sebuah harapan lama.
maksud saya, teruslah membina harapan. ;D konsepnya, dalam situasi negatip sekalipun, harapan akan membantu kita menjadikan hidup kita lebih baik. jangan berhenti berharap!
jadi, saya akan terus berharap, camar yang hilang pulang ke sarang. ha ha ha. sungguh, saya berharap pelangi itu selalu muncul setelah hujan, saya berharap kemungkinan yang memberi saya peluang, saya harapkan jawapan
dan berharap
hilang berganti..patah tumbuh kembali
ha ha ha...;D