baru baru ini, saya ada baca novel 'ketika cinta bertasbih' secara online. heh! sebuah novel yang menarik, penuh islamiah. jalan cerita penuh kata kata orang baik baik sahaja. perhubungan manusia yang terjalin atas syariat Islam dan restu kedua ibu bapa.
oh, saya bukan nak mengulas novel ini, sekadar nak berkongsi beberapa line yang menarik jiwa perempuan saya. perihal tua, usia menganjak ke senja juga perihal sebuah rumahtangga.
'suami paling baik bagi seorang wanita adalah seorang arkeolog. makin tua sang wanita itu, makin cinta dan tergila gila suaminya itu padanya. suami disaran supaya berjiwa arkeolog. jadi, semakin lama umur perkahwinan semakin bahagia. kenapa? kerana sang suami memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. kan menurut arkeolog,semakin berumur dan semakin tua barang itu, semakin antik dan semakin mahal.