21.8.11

setiap hari belajar


dalam hidup kita neh, ada satu lagi perkara yang wajib terjadi selain kematian dan cukai. (kenapa mesti ada cukai? ha ha ha)

tidak kira lah, betapa kuat atau gigihnya diri kita cuba mengelak itu berlaku, ia harus jugak akan berlaku. tidak kira jugak, betapa baik atau bagusnya niat kita.

kita akan melakukan kesilapan.

ini sudah pasti atau wajib berlaku. cuba lah cakap, siapa di antara kita neh, tak pernah buat silap?? haaaaaaa jangan nak bohong sunat eh.. ha ha ha.

semua kita pernah, akan atau sedang membuat kesilapan. termasuklah saya. kesilapan yang kita buat, sudah pasti akan melukakan orang lain. atau kesilapan orang lain, sudah pasti akan melukakan kita. bagaimana nak perbetulkan keadaan ini??


orang orang selalu kata, 'forgive ang forget'!. memaafkan dan melupakan. itulah yang selalu kita dengar, waima, saya sendiri pernah dinasihati sebegitu. sejujurnya, itu adalah nasihat yang baik, tetapi ianya tidak lah sangat praktikal.

Gandhi ada mengatakan ' si lemah tidak dapat memafkan, kemaafan adalah sifat orang yang kuat'


secara realistiknya, kita dapat lihat, kita setelah disakiti akan cuba menyakiti orang itu kembali. bila orang buat salah dengan kita, kita mahu keadilan untuk diri kita.

kalau macam ni, bila nak setel semua masalah? sampai kucing bertanduk pun, belum tentu setel kan?? jadi, kesimpulan saya, membuat kesilapan itu bukan sesuatu yang dapat kita cegah atau larang. kesilapan itu berlaku pun, dengan izinNya. orang kata takdir. takdir yang menguji kita.

selepas ada kesilapan, kita diuji lagi, samada kita neh kuat atau tidak. kuat kah kita menjadi seorang pemaaf?? itu lah dia, hidup neh tak sudah dengan ujian.

moralnya, kita ni adalah manusia biasa. itulah kenyataannya. manusia biasa akan selalu buat kesilapan. manusia biasa juga harus kuat menjadi pemaaf.

saya cuba menjadi kuat dengan memaafkan segala kesilapan kesilapan mereka yang saya sayang. setiap hari belajar, menjadi kuat pada hidup. belajar menerima kesilapan orang lain. belajar menerima kenyataan bahawa, saya juga manusia biasa yang ada berbuat kesilapan. belajar memaafkan..

ha ha ha, lagipun dah nak Syawal kan.. marilah kita, saling bermaaf maafan.. ;D