23.8.11

hidup & keputusan


pada satu tahap, kita perlu membuat keputusan. dalam perjalanan merealisasikan impian hidup, kita perlu berdepan dengan satu keputusan. seperti biasa, keputusan kita itu akan memberi kesan pada hidup kita. mungkin bukan sekarang, mungkin pada suatu masa yang akan datang.

keputusan kita pada hari ini, tidak akan mengubah apa apa pada masa yang lampau. setuju??

dalam hidup saya, keputusan selalunya atas budi bicara saya sendiri. saya tak pernah merujuk orang lain dalam membuat keputusan tuh. kenapa? kerana saya takot, saya akan menyalahkan orang lain, bila keputusan yang diambil itu mengecewakan saya.

membuat keputusan itu bukan sesuatu yang remeh. ada masa, saya berharap yang saya tak perlu mengambil apa apa pun keputusan. kadang hidup buat saya tak kuat dengan keputusan yang telah saya ambil.



seteruk mana pun hidup dan keputusan tuh, kena lah telan sendiri. pelan pelan kayuh, kata orang.

hari ini, saya tanpa orang lain sudah membuat keputusan..

hidup mesti terus! muktamad! ;D

itu pun dengan izinNya..